SAYA SUDAH BERJUMPA DENGAN PIHAK YANG MENYUMBANG USD 700 JUTA – AHMAD ZAHID HAMIDI - pakdin.my

zahid-700juta

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu Ketua Pegawai Pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang menyumbang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.

Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.

“Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara,” katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini. Ianya adalah kerana Malaysia mengamalkan keserdahanaan dan merupqkan negara yang bersungguh dalam menentang keganasan melalui pengwujudan POTA dan SOSMA. Malaysia juga dibantu kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penyumbang ini tidak mahu fahaman dan mazhab lain mempengaruhi kesucian Islam di Malaysia.

Selain dari itu juga Malaysia dibawah pemerintahan Barisan Nasional Harus dipertahankan kerana Yahudi dan pihak asing kini menaja beberapa parti pembangkang untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak sepertimana fitnah sesetengah pihak.

Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.(Wang) AS$100 juta pertama diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat. Beliau bercakap demikian ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Sri Gading. Turut hadir ialah Dato’ Aziz Karpawi Ketua UMNO Bahagian tersebut.

UTAMAPOLITIKSAYA SUDAH BERJUMPA DENGAN PIHAK YANG MENYUMBANG USD 700 JUTA – AHMAD...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium