Sebahagian Siling Lobi Hotel Concorde Shah Alam Runtuh

0
180

concorde-shah-alam

Sebahagian siling lobi sebuah hotel ternama di Seksyen 9 di sini, runtuh.

Usaha media mendapatkan maklumat lanjut kejadian itu bagaimanapun gagal apabila pekarangan hotel itu ditutup kepada orang ramai dan dikawal rapi.

Ketika didekati, pengawal keselamatan itu, yang enggan dikenali, hanya memaklumkan hotel berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi bagaimanapun berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here