‘Sekali saja please’, Ibu dedah murid perempuan ajak anak lelakinya bersetubuh - pakdin.my

Seorang wanita terkejut selepas beliau menemui surat seorang murid perempuan darjah lima yang mengajak anak lelakinya bersetubuh.

Menemui surat bertulisan tangan dalam beg anaknya, 12 tahun, murid perempuan tersebut mengakui dia tidak mengenali anaknya dan mahu berkenalan sebelum membuat ajakan seks.

“Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan? Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali saja, please (tolonglah). Kalau sekali tak keluar anak. Aku suka kau.”

Surat itu didedahkan penceramah motivasi Mohd Fairuz Abu di Facebook kelmarin selepas ibu murid berkenaan bertemu dengannya.

“Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya…” kata Mohd Fairuz.

Dimuat naik kelmarin, hantaran tersebut dikongsi hampir 20,000 pengguna. Majoriti warga maya terkejut dan bimbang dengan perkembangan anak-anak mereka.

Othman Elias: Semoga Allah jauhkan kita dari keburukan duniawi.

Ruminah Dalip: Kena pantau kalau dia guna telefon bimbit.

Nor Khikmah: Seramlah budak-budak zaman sekarang, rasa ingin tahu mereka kuat sangat.

UTAMABERITA'Sekali saja please', Ibu dedah murid perempuan ajak anak lelakinya bersetubuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium