26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Sekumpulan Lelaki Berpakaian Hitam Dalang Insiden Tembakan Di Kota Kinabalu

Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam dan memakai hud hitam terlibat dalam insiden tembakan itu.
Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam dan memakai hud hitam terlibat dalam insiden tembakan itu.

KOTA KINABALU: Sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di Kota Kinabalu berpakaian hitam atau memakai hud hitam untuk menyembunyikan muka mereka.

Rakan kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah hotel bajet di Damai, Luyang menunjukkan sebuah kereta memecut laju selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke arah pintu masuk hotel tersebut kira-kira tengah malam Jumaat.

“Mereka kelihatan seperti sekumpulan remaja, mereka memandu laju selepas insiden tembakan itu.

“Anda tidak dapat melihat imej itu dengan jelas tetapi mereka kelihatan muda,” kata seorang penyelia sebuah restoran, Dominic Peter yang menyaksikan rakaman CCTV itu.

Seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank yang menjadi sasaran kumpulan tersebut berkata, dia terdengar sesuatu mengenai pintu kaca.

“Ketika saya ingin memeriksa, cermin tingkap itu berkecai,” katanya.

Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, pada mulanya dia menyangka seseorang membaling objek keras ke arah cermin tingkap itu.

“Kadangkala cermin tingkap ini boleh retak dan saya fikir itu yang terjadi,” katanya.

Rakyat di negeri itu dihantui kebimbangan selepas 30 tempat di Kota Kinabalu, Inanam dan Penampang dijadikan sasaran tembakan misteri, dipercayai angkara tiga kumpulan yang melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.

Mereka percaya insiden tembakan itu dilakukan oleh budak nakal (juvana) dan meminta penduduk di negeri tersebut untuk bertenang.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...