29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Semangat Patriotik Rakyat Malaysia Bermusim?

merdeka

merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept sudahpun berakhir dan serentak dengan itu sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula pada awal Ogos juga berakhir.

Akan hilangkah juga pemandangan Jalur Gemilang berkibaran megah menghiasi bangunan, kenderaan dan persekitaran di merata tempat yang memberi satu gambaran indah yang menzahirkan kecintaan terhadap negara ?

Menjelang sambutan hari kemerdekaan ke-56, banyak tulisan termasuk surat pembaca di media arus perdana dan media sosial menyatakan ‘musim patriotisme’ sudah tiba sehingga pelbagai saranan, kempen dan aktiviti dilakukan bagi menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Persoalannya bermusimkah semangat patriotisme rakyat Malaysia? Apakah semangat patriotisme rakyat Malaysia hanya pada kibaran bendera pada Ogos dan September?

Mengupas perkara ini, Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tidak boleh diukur hanya dengan lambakan kibaran Jalur Gemilang, lebih daripada itu patriotisme sebenarnya membawa pengertian yang meluas.


Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menzahirkan rasa cinta mereka terhadap tanah air.

“Patriotisme merujuk kepada semangat cintakan negara… Setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri lalu menterjemahkannya ke dalam pelbagai bentuk.

“Tidak kira siapa pun kita sama ada ahli politik, penjawat awam, pelajar mahu pun rakyat biasa apabila kita belajar dan bekerja bersungguh-sungguh, menyumbangkan bakti untuk membangun dan memajukan negara, itu juga secara tidak langsung dikira sebagai patriotik kepada negara,” katanya.

PENDEKATAN BERBEZA

Seiring dengan peredaran zaman, sambutan dan pendekatan perlu juga berubah bagi menyemarakkan semangat patriotisme setiap lapisan masyarakat.

Ramlah, yang juga seorang sejarahwan, berkata semangat patriotisme di kalangan generasi muda memerlukan pendekatan berbeza bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Ibu bapa serta para guru, kata beliau memainkan peranan penting untuk menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme serta memberi contoh yang baik kepada anak-anak muda untuk mempunyai rasa tanggungjawab dan cintakan negara.


“Budak muda boleh melihat dunia (bukan sahaja negara) dalam masa satu saat melalui akses kepada Internet. Apabila mereka asyik melihat dunia luar (tidak melihat apa yang berlaku kepada tanah air sendiri) maka nilai patriotisme itu sukar diterapkan,” katanya.

Ramlah berkata bagi mengeratkan perpaduan masyarakat dan kehidupan harmoni pelbagai kaum di negara ini, setiap pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan tertentu hendaklah memainkan peranan sebagai ejen yang menyatupadukan seluruh masyarakat.

Mahu tidak mahu semangat patriotisme mesti ada dalam diri setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, katanya.

BENAR JUGA PATRIOTISME BERMUSIM

Sementara itu, pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat sebaliknya.

Bagi beliau semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sememangnya bermusim dan hanya terserlah pada hari-hari tertentu sahaja.


Sikap itu sewajarnya dikikis dan penerapan patriotisme diteruskan dengan sentiasa menghubungkait setiap pencapaian dan kejayaan yang dicapai sebuah negara yang merdeka.

“Elemen seperti keamanan, keselamatan, keharmonian dan kedaulatan negara telah membawa kita ke tahap di mana kita berada sekarang. Dengan menghubungkait suasana aman, selamat serta negara berdaulat yang kita miliki pada hari ini dalam segala tindakan dan pemikiran kita, ia akan membuatkan kita sentiasa bersifat patriotik dan menghargai kemerdekaan.

“Kita mesti sedar, patriotisme dan merdeka tidak bermakna kita hanya perlu mengibarkan Jalur Gemilang namun apa yang lebih penting adalah tahap kemajuan negara, pencapaian rakyat dan ekonomi serta kualiti hidup masyarakat merupakan petunjuk kepada kejayaan sebuah negara yang merdeka,” katanya.

Dr Sivamurugan juga berkata generasi sebelum merdeka sering kali dilihat sebagai lebih menghayati erti kemerdekaan kerana kisah dan pengalaman yang mereka lalui berbanding generasi selepas merdeka terutama anak-anak muda pada hari ini.

Generasi muda perlu dididik dengan mengenal pasti ‘apa’ yang menjadi kegemaran mereka agar secara tidak langsung apa yang disukai mereka itu boleh digunakan sebagai medium untuk menerapkan semangat patriotik.

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

..