#SetahunRejimPH: Media Jepun Nikkei sifatkan ekonomi Malaysia ‘pahit’

Media Jepun Nikkei telah mengeluarkan satu lagi laporan negatif untuk ulang tahun pertama kerajaan PH.

Ekonomi Malaysia disifatkan sebagai “pahit” oleh mereka.

Manakala unjuran syarikat penarafan kredit antrabangsa Moody’s ialah nisbah hutang negara kepada KDNK akan meningkat kepada 56.0% tahun ini berbanding 50.7% pada akhir 2017 di bawah BN.

Ini adalah kenaikkan yang amat mengejutkan dan amat pantas!

Semasa saya PM, nisbah ini tidak pernah melebihi 55%.

Pada pengiraan saya, nisbah hutang ini sudah naik ke sekitar 53.8% untuk suku pertama 2019 di bawah PH kerana Guan Eng kuat meminjam 3 bulan ini.

Walaupun banyak aset-aset negara telah dijual dan rizab Petronas diangkat oleh PH tapi hutang negara terus meningkat dengan kadar jauh lebih cepat.

Pada hari ulang tahun ini juga:
– Ringgit terus jatuh,
– harga sawit turun lagi; dan
– indeks Bursa turun 11 mata lagi pagi ini.
– jumlah pelaburan asing dalam bon Malaysia pada akhir bulan April telah jatuh ke paras paling rendah sejak 8 tahun.

Bulan lepas sahaja, pelaburan asing sebanyak RM11.2 bilion telah mengalir keluar.

Amat sedih melihat keadaan ini berlaku kepada negara kita dalam tempoh satu tahun ini.

 

Facebook Najib Razak

 


Comment (1)

  1. Mazelan Muda May 10, 2019 @ 14:09

Leave a Reply