24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri KKMM meninggal dunia

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Mohd Shamsuddin Damin meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan jantung selepas rebah di sebuah chalet di Janda Baik, Bentong kira-kira 176 kilometer dari sini.

Allahyarham Mohd Shamsuddin, 56, mula berkhidmat dengan Datuk Zahidi Zainul Abidin sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri selain pernah menjadi setiausaha Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam).

Isteri Allahyarham, Jamaliah Ibrahim, 54, berkata arwah rebah semasa hendak bersiap untuk bersolat zuhur dan menghadiri program dengan pelajar pusat tahfiz Maahad An Noer di situ sekitar 12.45 tengah hari.

“Kami bertolak ke Janda Baik pagi ini kerana Allahyarham mempunyai program dan ingin bertemu dengan pengasas pusat tahfiz itu, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari untuk berbincang mengenai program baharu untuk pelajar.

“Allahyarham memang rapat dengan pelajar di situ kerana sudah melibatkan diri sejak penubuhan pusat tahfiz tersebut. Malah beliau kerap mengundang pelajar di situ untuk terlibat dalam program keagamaan di Kuala Lumpur,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini.

Jamaliah berkata Allahyarham mempunyai masalah jantung sejak empat tahun lepas. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia 22 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam pada malam ini, selepas selesai urusan di Hospital Bentong.

Sementara itu, Zahidi mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi laman sosial Facebook miliknya.

“Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh dan dirahmati,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...