Siasat Laman Facebook Hina Islam - pakdin.my


xt-align: justify;”>laman-facebok-hina-islamPihak berkuasa digesa menyiasat satu akaun dalam laman sosial Facebook yang menghina agama Islam, dengan mengaitkan rukun iman dengan haiwan dan kelucahan.

Apa yang menyedihkan, tegas Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu, Perimau, Mohd. Ridhwan Othman – penghinaan itu dipercayai dilakukan seorang wanita Islam.

MOHD. RIDHWAN OTHMAN / PRESIDEN PERIMAU

“Ini merupakan satu tindakan yang amat biadap dan kami sebagai rakyat Malaysia begitu marah sekali dengan tindakan pemilik akaun Facebook ini kerana ia terlalu melampaui batas kerana sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keimanan”.

Bercakap kepada TV3 di Johor Bahru – Mohd. Ridhwan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim – perlu bertindak tegas terhadap pihak yang cuba mencemari kesucian Islam menerusi laman sosial.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, SKMM juga tegasnya – perlu segera menutup akaun laman sosial yang boleh menggugat keharmonian.

Kewujudan laman sosial sedemikian katanya – boleh memberi kesan terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.

Perimau turut membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASiasat Laman Facebook Hina Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium