Statute Rome: Tommy Thomas tak faham perlembagaan? - pakdin.my

Ada beberapa perkara yang tak kena dan perlu diperjelaskan oleh Tommy lebih lanjut berdasarkan berita ini [1]

1. Walaupun Queen Elizabeth adalah Pemerintah Tertinggi British Armed Forces (BAF), tetapi semakan semula perlembagaan mereka terutama pada tahun 2003 menetapkan secara jelas bahawa Perdana Menteri dan Jemaah Menteri berkuasa sepenuhnya dalam membuat keputusan berkenaan tindakan BAF dengan kebenaran Parlimen. Queen Elizabeth hanya mempunyai kuasa mengisytiharkan perang/ ceremonial power (dan ia tidak pernah diisytihar sejak WW2 sebab BAF berperang atas nama ‘misi keamanan’)[2]

2. Keadaan ini agak berbeza dengan Malaysia. Perlembagaan negara (Perkara 41) jelas menetapkan YDPA sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Fasal ini memberi maksud bahawa segala ketumbukan dan batalion tentera adalah di bawah kuasa dan arahan YDPA. Kuasa YDPA dalam angkatan tentera bukanlah simbolik sepertimana kerajaan monarki lain

3. Maka menyamakan kuasa YDPA dengan Queen Elizabeth adalah sesuatu yang sangat janggal sebab baginda Queen mempunyai kuasa yang sangat terhad.

4. Satu lagi apabila Tommy cuba mengatakan bahawa Perdana Menteri Britain sahaja yang akan didakwa di mahkamah antarabangsa (ICC) atas jenayah perang Iraq, beliau sebenarnya tak update langsung dengan berita semasa. Ini kerana pihak pendakwaraya ICC sudahpun menolak untuk mendakwa Tony Blair atas kesalahan tersebut [3]

Dan kalau ICC selemah ini sampai nak mendakwa penjenayah pencen pun tak boleh, kita nak sign buat apa Statute Rome ini?

Dan bagaimana sebenarnya Tommy ini layak menjadi Peguam Negara? Perbandingan kurang tepat, isu semasa pula tak tahu.

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

Rujukan:

[1] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/27/ag-agong-wont-be-charged-for-war-crimes-with-rome-statute-acceptance/1747596

[2] The Governance Of Britain, Secretary of State for Justice and Lord Chancellor, Julai 2010, ms 15

[3] https://www.telegraph.co.uk/news/2016/07/02/outrage-as-war-crimes-prosecutors-say-tony-blair-will-not-be-inv/

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

UTAMAPOLITIKStatute Rome: Tommy Thomas tak faham perlembagaan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium