25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Syarikat roti Gardenia enggan terima bayaran – Ahmad Said

ahmad-said-gardenia

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.

 

Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” katanya.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.

Lori terbabityang  turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .

Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.

Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.

Dalam pada itu,hampir lapan belas ribu ringgit berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir menerusi satu perlawanan bolasepak malam tadi.

Wang berkenaan adalah hasil terkumpul menerusi tiket perlawanan amal antara pasukan Terengganu dan T-Team, di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,

Ahmad turut memuji keprihatinan persatuan bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil inisiatif mengadakan perlawanan persahabatan berkenaan.

Hasil kutipan caj tiket berharga lima ringgit dikumpulkan bersama sumbangan peribadi pemain T Team dan pasukan Terengganu khusus membantu mangsa banjir.

Selain penonton, pemain kedua-dua pasukan turut menghulurkan sumbangan .

Perlawanan berkesudahan dengan  keputusan pasukan Terengganu menewaskan T-Team, 2-0.

Hasil kutipan sumbangan itu diserahkan oleh presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk disalurkan kepada tabung bantuan bencana banjir.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan