Tangan Anak Nabila Huda Retak, Syazwan Zulkifly Mohon Maaf

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

Vokalis kumpulan Search iaitu Amy menjelaskan cucunya iaitu Keisha Laila yang juga anak kepada Nabila Huda hanya mengalami retak pada bahagian tangan kirinya dan bukan patah seperti laporan yang tersiar di Internet.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman turut memberitahu Nabila hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong, Pahang.

“Alhamdulillah keadaan cucu saya tidak membimbangkan cuma mengalami retak pada tangan dan bukannya patah. Nabila juga hanya mengalami kecederaan ringan pada kakinya akibat terkena kaca yang pecah,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Ahad, kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki Nabila Huda bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun serta seorang lelaki yang dipercayai pelakon Syazwan Zulkifly terbabas di kilometer 71 Lebuh raya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

Keadaan kereta pacuan empat roda milik Nabila yang terbalik akibat kemalangan.
Keadaan kereta pacuan empat roda milik Nabila yang terbalik akibat kemalangan.

Kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas. Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang.

Tambah Amy, Keisha kini ditempatkan di Pusat Perubatan KPJ Damansara di sini untuk pemeriksaan lanjut selepas ditahan di Hospital Bentong petang Ahad.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia terkejut apabila mengetahui kejadian itu daripada kenalan Nabila yang juga seorang pelakon dipercayai pemandu kereta berkenaan.

Bekas suami nabila Huda, Zaidy Zailani mencium anaknya, Keisya Laila.
Bekas suami nabila Huda, Zaidy Zailani mencium anaknya, Keisya Laila.

Amy berkata, dia bagaimanapun lega apabila diberitahu kejadian yang menimpa mereka tidak serius dan semua dalam keadaan selamat.

“Sudah tentu saya terkejut kerana mendapat panggilan itu daripada orang lain dan bukan Nabila sendiri. Syukur mereka semua selamat,” tuturnya.

Sementara itu, bekas suami Nabila iaitu Zaidy Zailani menerusi laman Twitter pada pagi Isnin berkata, keadaan anak kesayangannya itu tidak serius dan dakwaan mengatakan tangan dan kaki kanak-kanak itu patah adalah tidak benar.Antara kiriman Twitter Syazwan kepada Zaidy.

Antara kiriman Twitter Syazwan kepada Zaidy.
Antara kiriman Twitter Syazwan kepada Zaidy.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan imbasan otak yang dilakukan terhadap Keisha menunjukkan tiada sebarang masalah dan berkemungkinan dibenarkan keluar pusat perubatan itu petang Isnin.

Dalam pada itu Zaidy turut menegur sikap Syazwan Zulkifly kerana tidak menyapa dan bersalaman dengannya ketika di pusat perubatan KPJ Damansara.

Bagaimanapun Syazwan menerusi Twitter yang dikirimkan terhadap Zaidy memohon maaf terhadap peristiwa itu dan berjanji untuk bertemu bagi membincangkan hal berkenaan.

“Saya pun rasa kesal dengan apa yang jadi. Maafkan saya sebab tak tahu awak yang mana tadi. Kalau tahu ‘for sure’ saya akan ‘approach’ awak..maafkan saya,” kata Syazwan dalam Twitter miliknya pada Ahad.

BACA juga:

Leave a Reply