Tiada sebarang penyelewengan kehilangan aset PDRM - pakdin.my

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kes kehilangan berkenaan sudah pun disiasat melalui 212 jawatankuasa inkuiri dan 94 kes lagi sedang menunggu keputusan.

2013-10-02 05.33.08

Tiada penyelewengan berlaku berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia sebanyak RM1.33 juta seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa penjelasan sudah dibuat kepada Jabatan Audit Negara berhubung perkara terbabit namun ia tidak dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Peralatan Polis Asia, GPAC Asia 2013 di Putrajaya pagi tadi.

Mengulas lanjut perkara itu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, KDN juga sudah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Audit Negara sehingga proses akhir dilakukan sebelum mencetak laporan berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat menunjukkan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2010 sehingga 2012.

Antara yang hilang ialah 156 unit gari dan 44 senjata api.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kes kehilangan berkenaan sudah pun disiasat melalui 212 jawatankuasa inkuiri dan 94 kes lagi sedang menunggu keputusan.

 

Kehilangan aset PDRM sudah dimaklum kepada Jabatan Audit Negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian sudah memaklumkan kepada Jabatan Audit Negara berhubung kehilangan 309 aset milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM1.33 juta bagi memastikan tiada sebarang unsur penyelewengan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 berhubung perkara itu.

“Ianya telah dijelaskan tetapi tidak sempat dimasukkan dalam laporan yang telah dicetak. Saya ingin memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan. Itu yang penting dalam perkara itu,” katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Polis Umum ke-3 dan Pameran dan Persidangan Kelengkapan Khas Asia di Pusat Konvonsyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat semalam menjelaskan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api.

Laporan itu menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan jumlah sebenar aset yang hilang adalah 37 senjata api, 166 gari serta 32 kenderaan melibatkan tiga kereta dan 29 motosikal.
Menurutnya kehilangan itu telah disiasat secara terperinci oleh 212 anggota jawatankuasa inkuiri PDRM yang akan melihat sama ada prosedur Prosedur Operasi Standard dipatuhi atau terdapat sebarang kecuaian dalam hal itu.

“Sebanyak 94 kes telah diperakukan tindakan surcaj bernilai RM167,984 dan 118 kes lagi sedang menunggu keputusan. PDRM memandang serius perkara ini dan kita telah pun mengambil tindakan, sedang ambil tindakan dan akan ambil tindakan yang patut untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi,” katanya.

Khalid berkata setakat ini tiada sebarang laporan mengenai kehilangan senjata-senjata api itu yang digunakan untuk tujuan jenayah.

“Senjata-senjata itu mempunyai individual ID. Jadi kena bayar baliklah siapa
(anggota) yang hilangkan aset itu. Kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah. Mungkin atas pelbagai keadaan termasuk jatuh dalam bot semasa di laut dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata jabatan integriti yang akan ditubuhkan dalam kementerian juga akan melihat segala aspek kelemahan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam memperbaiki sistem pengurusan aset PDRM.

UTAMAPOLITIKTiada sebarang penyelewengan kehilangan aset PDRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium