Timbalan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu Dicekup SPRM

Timbalan Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan disyaki menganugerahkan kerja-kerja pembekalan barangan keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dilaporkan mengesahkan penahanan itu termasuk anak kepada suspek yang berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun.

Kesemua mereka ditahan hari ini antara jam 4.30 petang dan 7 malam.

Laporan sebuah portal menyebut timbalan pengetua wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kerja pembekalan barangan keperluan pelajar berjumlah RM79,000 kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

2 Replies to “Timbalan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu Dicekup SPRM

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.