Topi Indiana Jones, kaca mata Harry Potter akan dilelong di California

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

SANTA CLARITA: Topi fedora Indiana Jones dan kaca mata Harry Potter adalah antara 1,200 memorabilia filem dan televisyen yang akan dilelongkan pada Jun ini di Prop Store di California, Amerika Syarikat.

Matt Truex, Pengurus Pemasaran di Prop Store, berkata acara lelong itu adalah yang terbesar pernah pihaknya adakan dan beliau menjangkakan sambutan hangat oleh para pengumpul.

“Salah satu barangan paling diminati dalam lelongan ini adalah topi fedora asli Indiana Jones yang dipakai oleh Harrison Ford dalam filem ‘Indiana Jones and the Temple of Doom,’ iaitu filem kedua. Ia dinilaikan untuk dilelong pada harga antara AS$250,000 (S$332,800) hingga AS$350,000 (S$465,900),” Truex memberitahu Reuters.

Pembida boleh melihat katalog lengkap barangan yang dilelong melalui Zoom dan membuat pembelian secara online dan melalui telefon.

Antara ratusan barang yang ditawarkan, pengumpul akan menemui memorabilia daripada filem seperti “Terminator 2: Judgment Day,” “Batman,” “Elf,” “Top Gun,” dan “The Muppets.”

“Kami bahkan mempunyai koleksi untuk pengumpul seni komik,” tambah Truex.

Tongkat sakti dan kaca mata Harry Potter, dipakai oleh Daniel Radcliffe semasa penerbitan “Harry Potter and the Deathly Hallows,” dijangka menjadi salah satu barang yang sangat diingini.

“Inilah kali pertama arkib Warner Brothers melepaskan tongkat dan kaca mata Harry Potter untuk dilelong. Lebih menarik lagi, 100 peratus daripada hasil lelong untuk kedua-dua barangan ini akan disalurkan kepada badan amal dan kedua-duanya dinilai pada harga AS$30,000 (S$39,900) hingga AS$50,000 (S$66,600) setiap satu,” kata Truex.

Encik Truex berkata para peminat yang kurang mewah juga tidak perlu hampa, kerana terdapat barangan koleksi yang akan dilelong sesuai dengan kebanyakan tahap kemampuan.

“Kami mempunyai sesuatu untuk setiap tahap harga bermula dari ratusan ribu hingga ratusan dolar saja,” katanya. “Tetapi diharapkan dengan 1,300 lot, sesiapa sahaja yang meminati filem-filem itu boleh datang dan membawa pulang sesuatu yang mereka sukai.”

Prop Store berkata lelongan langsung selama tiga hari, dari 29 Jun hingga 1 Julai, menyasar untukmengutip lebih AS$6.1 juta (S$8.12 juta).

– Reuters/TQ/tq

BACA juga:

Leave a Reply