31.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 27, 2021

Pengerusi UMB Bertindak Persis Pondan

UMB

Aku pernah terkena dengan puak ni dan sebabkan aku bukan pemuda jadi aku tidak ambil peduli mengenai UMB yang ditubuhkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Aku dah lama dialam cyber ni dari zaman Jaring News Group bertelagah denga puak yang anti kerajaan, yang masih aku ingat nama mendiang MG Pillay. Boleh dikatakan aku bersaorang yang pro kerajaan dibantu oleh mereka yang moderate.

Selepas peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim aku juga rasa macam kesaorangan di hizbi.net menjelaskan perkara sebenar. Masa itu aku telah memiliki web dan domain sendiri jalinan.com (dah expired) dan menulis menggunakan lamanweb free seperti Geocities dan sebagainya. Lepas itu menggunakan http://dinasti.net malangnya atas kesilapan teknikal domain tersebut telah dibatalkan dan bertukar kepada domain sekarang semnjak 2003. Whois .

Bukanlah nak bercerita mengenai kehebatan dan jauh sekali hendak bermegah kerana saya sedar siapa lah saya dan beberapa rakan yang tidak bertuan dan dianggap nyamuk. Yang penting keikhlasan tanpa mengharap imbuhan.

Semasa UMB ditubuhkan aku tak ambil pusing sangat kerana aku pengikut kepada group yang telah wujud ditahun 1998 lagi.  Aku pun bukan ada kepentingan apa-apa pun tetapi aku terkilan sangat bila diperlakukan seperti sampah oleh kumpulan yang baru muncul selepas PRU 12 yang tindakan mereka memecahbelahkan kumpulan yang sedia ada untuk kepentingan peribadi mereka.

Kemunculan blogger nyamuk dan peningkatan hits yang seangkatan telah menimbulkan keresahan kepada kumpulan berkepentingan atas nama UMB.  Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengheret mereka dalam peperangan terbuka sesama parti tetapi sikap mereka yang seperti enau dalam belukar membuatkan ramai blogger nyamuk mula menghindari dan secara terbuka menyanggah mereka.

Baca selanjutnya kisah pondan UMB di blog PAPAGOMO

Berita Berkaitan

Komen

  1. Salam Pakdin,

    awatnya nie? baru tau ka makhluk nie pondan? sebab itu saya agak menyendiri selepas ikut dan bertemu pakdin di Janda Baik….bukan kerana mahukan apa2 imbuhan dari usaha mempertahan dan memperkukuhkan sokongan umum terhadap UMNO pasca PRU ke-12 tetapi lebih kepada mahu bersama-sama berganding usaha dan kerjasama. Malangnya, sunyi sepi terus tanpa ada satu ikatan yang mampu memberi impak terbaik kepada UMNO/BN. Lantaran itu, bila membaca keluhan dari seorang blogger pro BN yang sekian lama mengadu domba dan tabah menerima hinaan, cacian dan makian dari lawan dan kawan, saya tersenyum sendirian… Tiba masa untuk kita melupuskan seorang lagi yang tiada lain kerjanya selain ampu-bodek’s sahaja.. Hidup UMNO!!!

    • Betul tu cytro. Diorang nak angka untuk digunakan sebagai alat untuk mendapatkan habuan. Mana yang tidak boleh di pergunakan di letak tepi.

      PRK Hulu Selangor diorang letak tepi blogger tempatan kerana tak nak share habuan.

      Orang macam ni mana ada keikhlasan. Kita yang ikhlas teruskan… Letak tepi kumpulan berkepentingan tsbt.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.