KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 ahli MIC diketuai bekas bendahari agung Datuk R Ramanan berhimpun di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membantah kepimpinan Presiden Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Hari ini bermulanya Perhimpunan Agung MIC ke-70 yang turut dirasmikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.
Para peserta mengangkat sepanduk seperti “Subra is a fraud” dan “Subra is a thief” dan melaungkan slogan anti Subramaniam, namun keadaan terkawal ekoran kehadiran polis.
Ramanan dalam ucapannya mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Subramaniam (GAS) bagi terus mendesak beliau meletakkan jawatan.
“Anda lihat sendiri betapa ramai ahli MIC tidak berpuas hati dengan Dr Subramaniam. Kami akan lancarkan GAS pada November ini.
“Kita akan adakan perhimpunan bermula Stadium Negara yang bakal dihadiri 20,000 orang. Kemudian kita akan ke Johor, termasuk Segamat (kawasan Parlimen Dr Subramaniam),” katanya lagi.
Perseteruan 2 kem dalam MIC – antara Dr Subramaniam dengan bekas presiden Datuk Seri G Palanivel – bermula sejak Disember 2014, apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan keputusan pemilihan bagi jawatan 3 naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat setahun sebelumnya ekoran aduan penyelewengan.
Sejak itu, pemimpin kedua-dua kem saling menyerang selain melibatkan proses mahkamah.
Dr Subramaniam dalam sidang media selepas perasmian mendakwa pihak yang berhimpun itu bukanlah ahli MIC, sebaliknya kumpulan yang dibayar pihak tertentu bagi menjadikan perhimpunan “lebih meriah.”
Katanya lagi, perbincangan dengan ahli dan pemimpin akar umbi MIC yang tidak berpuas hati sedang dilakukan dan mendakwa kebanyakannya sudah pulang kepada parti.
Tetapi ketika ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Ramanan dan seorang lagi pemimpin kem Palanivel, bekas setiausaha agung AK Ramalingam, beliau hanya menjawab “belum ada mood”.
Sementara itu, Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, kejayaan perhimpunan agung MIC kali ini menandakan krisis kepimpinan parti itu sudah selesai.
“Persidangan ini mesti menandakan episod baru perjalanan MIC dan menjadi lebih komited dan kuat,” katanya disambut tepukan para perwakilan.
Video: 3,000 ahli bantah Subramaniam di Perhimpunan Agung MIC https://t.co/agg37O8EZl
Video: 3,000 ahli bantah Subramaniam di Perhimpunan Agung MIC https://t.co/349Xt03uUI
Video: 3,000 ahli bantah Subramaniam di Perhimpunan Agung MIC https://t.co/BoFUCRi2u8
TUKAR PRESIDENT LAIN…..MIC
Canopy Sauli liked this on Facebook.
Osman Jailani liked this on Facebook.
Video: 3,000 ahli bantah Subramaniam di Perhimpunan Agung MIC https://t.co/5D49kB2nYc
Azmi Haron liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Amrayy Lensa liked this on Facebook.
Returnagainla Peryplatipuss liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Md Rizalee liked this on Facebook.
Mohd Farid Zaiko liked this on Facebook.
Mohamed Jamil Abu Bakar liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Mohammad Rashid Abu Darwish liked this on Facebook.
Azmi Erin Azrin liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Muslim Abu Naim liked this on Facebook.
Fiz Hafiz liked this on Facebook.
Video: 3,000 ahli bantah Subramaniam di Perhimpunan Agung MIC: KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 ahli MIC diketuai be… https://t.co/FNU89VM7zW
Rasa x ok tarek diri. Lagi pun lu ada brpa kerusi. Bikin malu bn je.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Mohd Khairi Abd Manaf liked this on Facebook.
Hafiz Hardy liked this on Facebook.
Zikri Yie liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Penternak Bakteria liked this on Facebook.
Sanggarak Pappek liked this on Facebook.
Mohd Hatta Mohd Junaidi liked this on Facebook.