24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

[Video] Ambil Alih SPLASH: Jawapan Pelik Azmin Di Persidangan DUN – Syarikat Air Selangor Tidak Rugi?

Berikut adalah jawapan yang unik diberikan oleh Azmin Ali minggu lepas dalam persidangan DUN Selangor mengenai kelewatan dalam pengambilalihan

Beliau berkata, penangguhan itu tidak menyebabkan Kerajaan Selangor mengalami kerugian. kelewatan hanya menambah tekanan kepada Syarikay Air Selangor, yang 100% dimiliki oleh Kerajaan, kerana jumlah yang mereka terpaksa berhutang kepada SPLASH meningkat kerana terpaksa terus membayar bayaran bulanan.

Air Selangor kini berhutang dengan SPLASH RM3.7 bilion.

Oleh kerana Air Selangor adalah 100% dimiliki oleh Kerajaan Selangor maka apa-apa kerugian kepada Air Selangor adalah juga kerugian kepada Kerajaan Selangor.

Adalah aneh apabila Azmin berkata tidak rugi.

Setiap satu tahun kelewatan melibatkan kos kepafa Kerajaan Selangor sehingga RM400 juta setahun. Ia telah ditangguhkan 2 1/2 tahun dan terdapat satu lagi pusingan terbaru kelewatan 6 bulan lagi sehingga Oktober 2017 pula.

Azmin cuba taichi dengan menyalahkan  Kerajaan Persekutuan tetapi sudah tentu kesalahan tidak terhadap mereka.

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi pinjaman RM9.7 bilion kepada Kerajaan Selangor.

Tetapi jumlah ini tidak mencukupi kerana harga SPLASH selepas Khalid melepaskan jawatan kini telah meningkat kepada RM3 bilion – yang akan bermakna peningkatan pinjaman RM9.7bilion dengan pertambahan RM2.75 bilion.

Bulan lepas, Kerajaan Persekutuan mengarahkan Kerajaan Selangor membayar 60% daripada harga SPLASH (atau RM1.8 bilion) manakala Kerajaan Persekutuan menambah pinjaman untuk menampung baki 40%.

Walaupun mempunyai RM3.9 bilion dalam rizab dan walaupun Kerajaan Selangor sendiri yang bersetuju untuk menaikkan harga untuk membeli SPLASH, Kerajaan Selangor enggan membayar dan berkeras mahu Kerajaan Persekutuan membayar sepenuhnya.

Oleh itu, tarikh akhir telah dilanjutkan lagi hingga Oktober 2017 – kelewatan yang bertahun lamanya.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Azmin, setiap kelewatan menyebabkan Air Selangor berada di bawah tekanan dan membayar lebih tinggi kepada SPLASH.

Entah macamana Kerajaan Selangor pula tidak ambil kisah terpaksa membayar lebih tinggi kepada SPLASH.

SPLASH masa ini dimiliki 40% oleh sebuah syarikat senaraian awam, 30% oleh Kerajaan Selangor dan 30% dimiliki oleh anak didik Daim Tan Sri Wan Azmi, seorang pengarah pengasas Institut Rakyat PKR.

Beberapa hari yang lalu, bekas MB Khalid Ibrahim telah ditanya sama ada Azmin bermoral didalam meningkatkan harga kepada 10 kali ganda, menanggung kerugian RM400 juta setahun akibat kelewatan dan kemudian menyalahkan Kerajaan Persekutuan bagi kelewatan tersebut.

Seperti perundingan projek mega bilion terowong Pulau Pinang di mana Kerajaan Pulau Pinang tidak menyiapkan kajian yang telah dibayar dengan harga yang tinggi tetapi akhirnya menyalahkan BN, semua perjanjian projek mega bilion Kerajaan Pakatan termasuk SPLASH dilihat tiba-tiba menjadi kesalahan BN.

Pelik!!!

LSS.

************

Rujukan:

“Rafizi Tidak Tahu Nilai Ambil Alih SPLASH?”
http://portal.pakdin.my/2017/04/rafizi-tidak-tahu-nilai-ambil-alih.html

“Kerajaan Selangor Mahu Ambil SPLASH RM2.8bilion, Nilai Ekuiti Hanya RM500juta – Khalid Ibrahim”
http://portal.pakdin.my/2017/04/kerajaan-selangor-mahu-ambil-splash.html

“BAYAR SPLASH RM2.7 BILION: TARIF AIR NAIK, AIR PERCUMA SELANGOR DITARIK BALIK”
https://pakdin.my/bayar-splash-rm2-7-bilion-tarif-air-naik-air-percuma-selangor-ditarik-balik/

“KRISIS AIR SELANGOR – 600 JUTA SEBAB MENGAPA ANWAR MAHU KHALID DIGULINGKAN”
https://pakdin.my/krisis-air-selangor-

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan