Video: Kereta Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak - pakdin.my

kereta-langgar-kedai-serbaguna

Seorang warga emas berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan yang dinaikinya merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan PJU 1A / 20 pagi Selasa.

Dia yang memandu kereta itu baharu selesai mengisi petrol kereta Proton Wira kira-kira pukul 9.30 pagi apabila keretanya merempuh masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Komisioner Azmi Abu Kassim berkata siasatan mendapati wanita itu berniat untuk mengundurkan keretanya.

“Tetapi dia secara tidak sengaja memandu keretanya ke depan,” kata Azmi.

Beliau menambah bahawa tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu.

 

 

UTAMAVideo: Kereta Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium