25 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Video lama, polis siasat sekolah guna bahasa Mandarin nyanyi Negaraku

Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti yang tular dalam media sosial hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

“Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Hari ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September, 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. — Bernama

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...
00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Komen

  1. 2018… bermakna terjadi dlm pemerintahan PH …. lagi kebangsaan dlm bahasa melayu bukan cina. Mrk sepatutnya faham dan mendlmi bahasa kebangsaan iaitu melayu, faham dan mengakui Perlembagaan Malaysia. Tak suka Malaysia … suh keluar dari Malaysia balik ke motherland

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...