Tuesday, June 22, 2021
BERITA Lebuh raya dinaiki air, puluhan kenderaan terkandas

[Video] Lebuh raya dinaiki air, puluhan kenderaan terkandas

Berpuluh kenderaan terkandas di Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar yang dinaiki air akibat hujan lebat sekitar 4 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, takungan air menjadikan laluan terbabit tidak selamat dan lencongan keluar dibuat di susur Gunung Lang bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk.

“Terdapat kawasan takungan air di situ akibat hujan lebat, pemantauan dilakukan pihak bomba bagi memastikan tiada mangsa lain terperangkap,” katanya dipetik Sinar Harian.

Dalam pada itu, Twitter @Plustrafik pada 8.44 malam memaklumkan, trafik masih bergerak perlahan di kawasan terbabit.

Mesej tular di WhatsApp meminta orang ramai mengelak daripada menggunakan laluan berkenaan kerana ada pengguna yang terperangkap lebih sejam, selain kesesakan lebih 2km.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here