25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Warden Penjara Didakwa Masukkan Jeri Ke Dalam Kemaluan Anak Kandung

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya tergamak melakukan perhubungan seks dengan kanak-kanak berumur 12 tahun itu dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kerelaannya.

Perbuatan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pada Khamis.

Tertuduh yang bekerja sebagai warden penjara mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di kompleks penjara berkenaan yang terletak di dalam Selangor, kira-kira pukul 9 pagi pada 26 Oktober lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh serius dan jika dibenarkan diikat jamin, dibimbangi lelaki itu akan mengganggu saksi yang kebanyakannya anggota keluarga.

Peguam Suzana Norlihan yang mewakili tertuduh pula tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung isu jaminan itu.

“Anak guam saya tidak mahu mangsa dihantar ke tempat lain sekiranya dia (tertuduh) dibenarkan diikat jamin kerana bimbang pelajaran anaknya terjejas.

Tertuduh rela direman di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Hakim Slamat kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan