Zikir berdiri gerakkan tubuh tidak ikut syarak? Jaip panggil ‘Tok Ayah’ [Video]

Perbuatan zikir sambil berdiri dan menggerakkan tubuh yang dilakukan sekumpulan penduduk kampung di Pahang “disyaki bertentangan dengan syarak”.

Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut berkata perbuatan itu diketuai individu dikenali sebagai dikenali Tok Ki atau Tok Ayah dari Terengganu yang diundang penduduk kampung tersebut.

Tular di media sosial dalam tiga rakaman, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata lelaki itu ada dipanggil untuk siasatan semalam tetapi individu tersebut tidak muncul sebaliknya dia sedia bertemu pada hari ini.

“Kita menerima rakaman video ini disyaki bertentangan syarak,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

“Kami akan mendengar penjelasan lelaki itu dengan disaksikan panel akidah dari Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” katanya.

Dalam rakaman itu, beberapa lelaki dan perempuan dilihat berdiri dan melakukan beberapa pergerakan tubuh sambil mengalunkan bacaan yang tidak jelas sebutannya.

Video antara 0.22 saat dan 1.12 minit dipercayai dirakam di sebuah surau di Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling pada 11 Julai lalu.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/UEg6Kxqgx5I