Zonkey, Kacukkan Kuda Belang-Keldai Dilahirkan - pakdin.my

zonkey-telegraph-2

SEEKOR binatang hasil kacukkan kuda belang dan keldai dilahirkan di Crimea dan ia dikenali sebagai zonkey (zebra-donkey).

Keadaan zonkey yang diberi nama Telegraph itu membawa kelainan apabila kepalanya sama seperti keldai tetapi mempunyai belang di kaki serta separuh badan seperti ibunya, kuda belang.

Jurucakap zoo tempatan berkata, walaupun kacukkan itu jarang berlaku namun kali ini seekor zonkey yang luar biasa dan menarik telah dilahirkan.

zonkey-telegraph-1

“Kacukkan ini tidak dirancang kerana kuda belang betina tersebut dipindah ke kandang keldai selepas kelihatan tidak sihat dan enggan mengawan.

“Tetapi ketika berada di kandang keldai, kuda belang tersebut telah mengawan dan melahirkan Telegraph yang sihat,” ujarnya.

Berikutan itu, zoo tersebut kini berjaya menarik perhatian umum yang ingin menyaksikan Telegraph walaupun ibu bapanya tidak sepopular itu.

UTAMADUNIAZonkey, Kacukkan Kuda Belang-Keldai Dilahirkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium