71 Maut Dalam Nahas Pesawat Rusia

SEBUAH pesawat Rusia terhempas dan menyebabkan sekurang-kurangnya 65 penumpang maut dan enam kru penerbangan terkorban.

Sumber perkhidmatan kecemasan memberitahu Interfax, tiada mangsa dapat diselamatkan daripada insiden terbabit.

Pesawat tersebut baru berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow untuk ke pergunungan Urals, menurut laporan media Rusia.

Pesawat Saratov An-148 sedang dalam perjalanan ke Orsk yang terletak di Orenburg Oblast ketika kapal terbang itu tiba-tiba hilang daripada radar.

Kapal terbang terbabit kemudiannya dilaporkan terhempas di luar Moscow.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata, pihaknya sedang menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

1
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Supian Subarna Subarno
Guest

Negara komunis rusia dan china penyebab masuknya ideologi komunis dalam masyarakat indonesia dan malaysia.hati hati kebangkitan komunis asia.