#MH17: Gambar Istiadat Penghormatan & Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas

wpid-mh17-ketibaan-jasad-klia.jpg

SAYU… Berikut adalah gambar sekitar majlis istiadat penghormatan dan penerimaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, malam Khamis.

Jenazah selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Sebahagian waris mangsa nahas pesawat MH17 kelihatan sebak ketika menunggu jenazah diturunkan dari pesawat khas.

Pesawat khas membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 selamat tiba di KLIA, pagi Jumaat.

Anggota ATM mengusung keranda jenazah mangsa nahas MH17 sebelum dikebumikan ditanah perkuburan.

Sekumpulan pramugara dan pramugari pesawat penerbangan Malaysia (MAS) berada di luar Kompleks Bunga Raya, KLIA sementara menunggu ketibaan pesawat membawa 20 jenazah mangsa MH17.

Konvoi kereta jenazah memasuki perkarangan Kompleks Bunga Raya bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 di KLIA.

Sekumpulan jurugambar dan juruvideo berada di Kompleks Bunga Raya, KLIA, menunggu ketibaan pesawat membawa jenazah mangsa nahas MH17.

Papan tanda elektronik turut memaparkan perkataan ‘Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014’ di sekitar ibu negara pada Jumaat.

Leave a Reply