@RafiziRamli didapati bersalah kerana memfitnah #KakiFitnah - pakdin.my

rafizi_bersalah_fitnah

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap Setiausaha Agung PKR, Mohd. Rafizi Ramli selepas didapati bersalah sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO, dua tahun lalu.

Hakim Azwarnida Affandi turut memerintahkan tertuduh yang juga Ahli Parlimen Pandan dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Rafizi, 39, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan kepada anggota UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled’ yang boleh memecahkan keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn. Bhd., Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada pukul 11.40 pagi, 4 Februari 2014.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

UTAMABERITA@RafiziRamli didapati bersalah kerana memfitnah #KakiFitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium