[Video] Bapa sengaja Gadai Nyawa Anak Lalui Jambatan Rosak, Ibu Tukang Tular


https://youtu.be/r8Z5EiStl4Q

1. Beberapa video tular tentang seorang bapa yang tidak bertanggungjawab membawa anaknya melalui jambatan yang rosak untuk ke sekolah.

2. Video itu pula dirakam oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab.

3. Sebenarnya jambatan yang rosak itu sudah pun dijadualkan untuk dibaiki bermula 8hb Januari ini dan dijangkakan akan siap pada 18 Mac 2018.

4. Kerja dijadualkan bermula 8 hb Januari kerana bulan Disember adalah musim hujan, tidak sesuai dan tidak selamat untuk kerja-kerja pembaikan.

5. Padahal jalan darat alternatif sudah pun disediakan untuk kemudahan penduduk di situ.

6. Ibu bapa tersebut sebenarnya boleh sahaja mendapatkan maklumat terkini tentang jambatan itu dari pemimpin-pemimpin setempat daripada membuat posting yang menghasut.

7. Postingnya dikongsi oleh puluhan ribu manusia dan telah menjadi medan untuk khawarij-khawarij menghasut dan menghina pemerintah.

8. Penerangan telah diberikan kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini. Namun posting-postingnya yang menjadi fitnah kepada pemimpin masih lagi dibiarkan, tidak pula dipadam.

9. Entah berapa banyak dosa percuma dikumpul oleh ibu bapa ini dengan video yang tular itu, dan ruang yang mereka berikan untuk khawarij-khawarij melakukan hasutan.

10. Hairan bagaimana gabungan otak kedua ibu bapa ini tidak boleh berfikir bahawa mereka sebenarnya membahayakan nyawa anak sendiri hanya demi memuaskan nafsu batak attention, batak like dan batak share.

199 Replies to “[Video] Bapa sengaja Gadai Nyawa Anak Lalui Jambatan Rosak, Ibu Tukang Tular

  1. Aku tak setuju bapa dia cari glamour pergadai nyawa anak. Tapi aku lagi hairan terhadap proses nak lulus sebut harga dan kerja-kerja pembaikian ambil masa sampai satu tahun. Apa lembab sangat orang kita buat kerja? Cuba baca kronologi di bawah;

    “Tular mengenai seorang bapa dan anaknya melalui jambatan gantung yang runtuh yang ambil gambar adalah isterinya.

    Mengapa perlu gadai nyawa dan membahayakan keselamatan jika tahu jambatan sudah runtuh. Apa tujuan ambil gambar dan viralkan? Utamakan nyawa anak jika tiada jalan alternatif. Ada jalan alternatif walau jauh adalah lebih baik dari tak selamat

    Fakta Jambatan Gantung.

    Jambatan Gantung Kg. Pamah Aur , Bukit betong , Lipis telah runtuh pada 24 Jan. 2017.

    Surat kebenaran memperbaiki jambatan tersebut diterima dari Pejabat Kewangan Negeri pada 20 Okt 2017 dari Tabung Kump Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

    Sebutharga Kerja pembaikan dikeluarkan pada 21 dis. 2017 dan Kerja akan dimulakan pd 8 Jan 2018. Kerja dijangka siap pada 18 Mac 2018.

    Jambatan tersebut menghubungkan Kg. Seberang Jelai dan Kg. Bukit Kota, Lipis. Penduduk seramai 300 org. Kegunaan jambatan tersebut adalah menghantar anak sekolah dan lain-lain di Kg. Bukit Kota. Jalan alternatif adalah Jalan Berchang -Koyan FT235”

    Kredit: Friend of JKR

  2. bila baca komen acah-acah bagus kt sini, sembang laaa.. babi pun boleh terbang..

    KUALA LUMPUR: Seorang bapa hari ini memohon maaf susulan membawa anaknya melalui sebuah jambatan gantung yang uzur di Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.

    Abdul Jalil Sulaiman turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial Facebook pagi tadi.

    Tegas Abdul Jalil, penerangan telah diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkenaan proses baik pulih jambatan .

    “Ini cuma salah faham dan perkara ini telah dapat kita selesaikan secara baik.

    “Yang Berhormat (Wan Rosdy) telah berjumpa dengan saya dan terangkan situasi sebenar.

    “Saya dengan ini memohon maaf bagi pihak isteri saya yang telah viralkan isu jambatan gantung itu dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat serta Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

    Sebelum itu, Wan Rosdy serta Abdul Jalil mengadakan perjumpaan di sekolah anaknya, SK Batu Yon, Bukit Betong.

    Malah, Wan Rosdy menegaskan peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Jan dan berakhir 18 Mac 2018.

    Malah, beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negari Pahang menegaskan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.

  3. Beterima kasih lah kar keluarga tu ……buat menteri menteri yang dok lena tu terjaga jap…..jangan dok mimpi indah indah sangat dalam banglo banglo mewah depa…….ingat sama kat rakyat rakyat yang nak guna kan jambatan tu………jangan dok perelok kan jalan rumah depa ja ratus ratu juta……….baguhhhh…baguhhh kat keluarga tuuuu……habaq kat menteri menteri ada jambatan rosak teeok…….menteri baru tau ada jambatan rosak kannnnnn

  4. Bukan semua kita bernasib baik.. kalau anak seorang dua boleh lah kita hidup selesa……kalau seorang bapa menangung 8 anak dengan hanya berkerja kampong….kesemua anak anak masih bersekolah……memang kehidupan tak mencukupi…..baju sekolah pon susah nak betukar….kita tak boleh melebelkan sesorang itu malas……..cukup kee dengan gaji hanya bekerja kampung menangung keluarga yang besar…..ditambah lagi dengan masalah kesihatan…..dengan kos sara hidup yang mahal……..makanan semua mahal…

  5. Aku nk ckp satu je…. sapa yang hidup susah pada zaman sekarang nie sekiranya cukup sifat bagi angota badan serta mempunyai akal yang waras… dan mempunyai kudrat…. adalah golongan yang sangat pemalas…. serta menunggu janji 2 barang free dan segala barang keprluan akan turun dari pihak pembangkang sekiranya membentuk kerajaan … adalah tindakan yang sia2… semua ini takkan berlaku…. kerana kita di zaman maju untuk lebih maju…

  6. Tak kan nak biarkan anak tak bersekolah…..nak lalu jalan lain mungkin terlalu jauh….hanya orang yang susah tahu keperitan hidup dia…..cuba memahami sama kesukaran keluarga itu. Mungkin hanya itu jalan terdekat untuk kee sekolah…….apa pon isu nya ….tak kan tak dee yb yb yang hebat hebat tu yang boleh bersuara ….alah setakat jambatan gantung tu apa lah sangat kalau nak di bandingkan dengan ratusan juta habis setiap kali perhimpunan UMNO……..nak tungu nyawa melayang baru nak ganti…….

  7. Ekoran isu Jambatan Gantung Kg Pamah Aur Daerah Lipis yg tular pagi tadi sebenarnya kerja sebutharga telahpun dipanggil oleh JKR Lipis utk mula 8 Jan 2018 dan dijadualkan siap 18 Mac 2018 melalui surat bertarikh 21 Disember 2017.

    Kerja dijadualkan mula 8 Jan 2018 disebabkan bulan Disember musim hujan. Apapun kontraktor telahpun diarahkan mula kerja serta merta dgn seliaan JKR Lipis.

    JKR prihatin akan isu tersebut dan akan berusaha menyegerakan pembinaan jambatan gantung tersebut. Penduduk diminta bersabar dan guna jalan alternatif sepanjang 3 km utk urusan harian buat sementara waktu.

    End

  8. KENAPA GADAIKAN NYAWA ANAK?

    Tular mengenai seorang bapa dan anaknya melalui jambatan gantung yang runtuh yang ambil gambar adalah isterinya.

    Mengapa perlu gadai nyawa dan membahayakan keselamatan jika tahu jambatan sudah runtuh. Apa tujuan ambil gambar dan viralkan? Utamakan nyawa anak jika tiada jalan alternatif. Ada jalan alternatif walau jauh adalah lebih baik dari tak selamat

    Fakta Jambatan Gantung.

    Jambatan Gantung Kg. Pamah Aur , Bukit betong , Lipis telah runtuh pada 24 Jan. 2017.

    Surat kebenaran memperbaiki jambatan tersebut diterima dari Pejabat Kewangan Negeri pada 20 Okt 2017 dari Tabung Kump Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

    Sebutharga Kerja pembaikan dikeluarkan pada 21 dis. 2017 dan Kerja akan dimulakan pd 8 Jan 2018. Kerja dijangka siap pada 18 Mac 2018.

    Jambatan tersebut menghubungkan Kg. Seberang Jelai dan Kg. Bukit Kota, Lipis. Penduduk seramai 300 org. Kegunaan jambatan tersebut adalah menghantar anak sekolah dan lain-lain di Kg. Bukit Kota. Jalan alternatif adalah Jalan Berchang -Koyan FT235

    Kredit: Friend of JKR