#DaruratGagal: 1,132 terkorban sejak Darurat bermula berbanding 551 tempoh sebelum Darurat kata Najib - pakdin.my

Propaganda yang tersebar sejak beberapa hari lepas bahawa rekod Covid Malaysia adalah lebih teruk berbanding India dari segi saiz penduduk adalah TIDAK BENAR.

Perkara tersebut turut dinafikan KP Kesihatan dalam sidang medianya hari itu.

Ianya mungkin benar dari sudut jumlah kes terkumpul berbanding saiz penduduk pada awal bulan April tetapi India telah melepasi Malaysia sekali lagi setelah mutasi berkembar menganas di sana.

Dari segi jumlah kematian berbanding saiz penduduk pula, kadar kematian India adalah lebih 3 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia (175 setiap sejuta penduduk berbanding 51.5 bagi Malaysia).

Namun, trend kematian baru di Malaysia agak membimbangkan.

26 (rekod tertinggi) mangsa semalam dan 25 mangsa hari sebelumnya – iaitu sekitar 9,500 mangsa setahun jika trend berterusan.

Jumlah pesakit dalam ICU dan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat rekod baru semalam.

Dalam tempoh satu minggu yang lepas, jumlah kematian akibat Covid direkod adalah sebanyak 150 mangsa.

Sebanyak 1,132 mangsa telah terkorban sejak Darurat bermula berbanding 551 orang dalam tempoh sebelum Darurat – jelas membuktikan Darurat telah gagal melawan Covid.

UTAMANAJIB RAZAK#DaruratGagal: 1,132 terkorban sejak Darurat bermula berbanding 551 tempoh sebelum Darurat kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium