Pesawat tempur Arab Saudi serang Yaman - pakdin.my

SANA’A – Pesawat tempur Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas kawasan perumahan di wilayah Ma’rib dan al-Jawf, Yaman.

Rangkaian televisyen al-Masirah melaporkan bahawa pesawat perang melepaskan lima peluru berpandu di daerah Medghal Ma’rib, semalam.

Pesawat pengebom Arab Saudi juga menjatuhkan peluru berpandu di daerah Khabb wa ash Sha’af al-Jawf dan satu lagi di kawasan Rahabah di wilayah yang sama, tambah laporan itu.

Sekurang-kurangnya enam orang awam cedera setelah pesawat melancarkan serangan di kawasan komersial di wilayah Ma’rib, pusat strategik Yaman.

Bagaimanapun, belum ada laporan mengenai jumlah korban.

Arab Saudi melancarkan serangan ketenteraan yang dahsyat terhadap jiran selatannya pada bulan Mac 2015 dengan kerjasama beberapa negara sekutunya, dan sokongan senjata daripada Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Tujuannya adalah untuk mengembalikan kuasa rejim yang disokong oleh Riyadh dan mengalahkan gerakan Houthi Ansarullah yang telah menguasai pentadbiran negara.

Namun, perang yang dilancarkan gagal mencapai tujuan tetapi membunuh puluhan ribu orang Yaman yang tidak bersalah dan memusnahkan infrastruktur negara yang miskin itu.

PBB merujuk kepada keadaan di Yaman sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.- Agensi

UTAMADUNIAPesawat tempur Arab Saudi serang Yaman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium