[VIDEO] Perang kognitif di media sosial ‘rebahkan’ UMNO pada PRU - pakdin.my

Perang kognitif secara konsisten yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) terhadap UMNO telah berjaya mempengaruhi golongan muda dan pengguna media sosial untuk menolak parti itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu.

“Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita.

“Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video dan banyak lagi naratif lain. Dipancar dan disebarluaskan melalui platform TikTok, Instagram, Facebook, WhatsApp dan Twitter,” katanya.

Janngan lupa subscribe

Beliau berkata demikian semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu.

Tambah beliau, strategi itu telah dilipatgandakan di ambang pilihan raya umum (PRU) untuk mempengaruhi pemikiran dan mengubah keyakinan masyarakat terutamanya orang Melayu untuk menolak UMNO.

“Inilah, yang PN lakukan dengan berkesan. Mempengaruhi golongan muda dengan ‘content’ yang toksik untuk mengajak orang Melayu membenci dan meninggalkan UMNO.

“Ternyata, strategi perang kognitif mereka sangat berjaya. Tsunami Melayu melanda utara, dan pantai timur semenanjung, dengan pengundi Melayu berduyun-duyun menolak UMNO,” ujarnya.

Tambah beliau, UMNO telah tewas kerana gagal beradaptasi dengan kepentingan menggunakan teknologi dan maha data (big data), dalam pilihan raya.

Berkatan:
[VIDEO] Teks Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022
https://pakdin.my/161752/

[VIDEO] PH tidak bermuka-muka – Tok Mat
https://pakdin.my/161762

UTAMAPOLITIK Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium