Euro 2012 – Republik Czech 2 – Greece 1

Gol Pertama Czech oleh Petr Jiracek minit ke 2

REPUBLIK Czech mempamerkan aksi garang untuk mengatasi Greece 2-1, sekali gus menghidupkan peluang untuk bersaing merebut tiket ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A yang kedua, yang berlangsung di Stadium Wrocław hari ini, Republik Czech menjaringkan dua gol dalam selang masa tiga minit.

Republik Czech yang melangkah ke separuh akhir lapan tahun lalu, memulakan sepakan dengan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Peter Jiracek dan disusuli Vaclav Pilar pada minit keenam.

Dengan kemenangan itu, Republik Czech membawa pulang tiga mata penuh sekali gus mengelak daripada menjadi pasukan terawal tersingkir dalam kejohanan itu.

Sebaliknya, Greece, juara 2004, yang gagal kali kedua untuk mencari tiga mata penuh terpaksa menelan kepahitan apabila menghadapi laluan sukar pada baki terakhir perlawanan Kumpulan A.

Greece yang tersentak dengan dual gol awal Republik Czech mula mencari rentak untuk menjaringkan gol.

Namun, Greece yang berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-40 dalam usaha merapatkan jurang mata tidak dikira oleh pengadil kerana berada dalam keadan ofsaid. Ia sekali gus menghampakan penyokong-penyokong Greece.

Bagaimanapun Greece menjaringkan gol pertama pada minit ke-53.

Greece semakin menguasai perlawanan apabila rancak mengasak kubu lawan untuk mencari gol penyamaan. Namun tiada gol berjaya dijaringkan apabila kesemua percubaan mereka tersasar.

Keputusan kekal sehingga ke tiupan wisel penamat.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu di mana rekod pertemuan mereka menyaksikan Greece menewaskan Republik Czech di separuh akhir Euro 2004 melalui sepakan penalti.

Dalam perlawanan sulung Jumaat lalu, Republik Czech tewas kepada Rusia 4-1 manakala Greece dan Poland pula seri 1-1.

Perlawanan seterusnya menyaksikan persaingan antara Rusia dan tuan rumah Poland.

Gol ke2 Czech oleh Vaclav Pilar minit ke 5
Gol Pertama Greece oleh Gekas minit ke 52

Perlawanan: Sekilas fakta:

– Penguasaan bola: Greece (48%); Republik Czech (52%)

– Sasaran ke arah gawang: Greece (5); Republik Czech (9)

– Tendangan sudut: Greece (4); Republik Czech (4)

– Kad Kuning: K Papadopoulos, Torosidis dan Salpingidis (3, Greece); Rosicky, Kolar dan Jiracek (3, Republik Czech)

Barisan pemain Greece

1  K. Chalkias
20 J. Holebas
15 V. Torosidis
5  K. Papadopoulos
2  G. Maniatis
16 G. Fotakis
10 G. Karagounis
21 K. Katsouranis
7  G. Samaras
14 D. Salpingidis
22 K. Fortounis

Barisan pemain Republik Czech

1  P. Čech
6  T. Sivok
3  M. Kadlec
8  D. Limberský
2  T. Gebre Selassie
13 J. Plašil
10 T. Rosický
17 T. Hübschman
14 V. Pilař
19 P. Jiráček
15 M. Baroš

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...