[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri - pakdin.my

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu hari ini berkata Syeikh Muhd Zainul Asri telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan, namun beliau tidak direman.

Janngan lupa subscribe

“Dalam pertemuan pertama (dengan polis) itu, dia telah mengakui kesilapannya dan berkata terlalu teruja apabila mendapat sambutan dalam perhimpunan tersebut.

“Namun saya dimaklumkan siasatan diteruskan sebab ada aduan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini.

Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap penceramah bebas berkenaan berhubung perkara itu, semalam.

Hari ini, Syeikh Muhd Zainul Asri atau lebih dikenali Ustaz Zainul Asri telah membuat permohonan maaf berhubung ucapannya yang disiarkan  menerusi laman Facebook beliau.

Berkaitan:

VIDEO berkaitan:

Janngan lupa subscribe

 

UTAMABERITA Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium