[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong - pakdin.my

PETALING JAYA: Sebanyak 10 kilang musnah dalam kebakaran di Jalan KPB 3, Kawasan Perindustrian Balakong di sini, awal pagi tadi 30 Jun 2023. 

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada pukul 2.15 pagi membabitkan kejadian tersebut dan sebanyak sembilan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, operasi melibatkan seramai 48 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ;BBP Serdang; BBP Pandan; BBP Kajang; BBP Bangi; BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya.

Katanya, kebakaran pada awalnya melibatkan empat namun merebak ke enam kilang lain menjadikan 10 buah kilang terbabit.

“Api merebak dengan pantas disebabkan pengubahsuaian dan penambahan awning kilang.

“Malah, jarak antara kilang yang terlalu rapat serta kilang-kilang tersebut mempunyai ‘fire load’ yang tinggi kerana padat dengan bahan yang mudah terbakar menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, sebanyak lapan kilang musnah sepenuhnya melibatkan kilang makanan kucing, kabinet perabot, simpanan barang majlis, plastik billboard, model rumah, tembakau dan perabot tilam.

Manakala, tambahnya, dua lagi kilang audio kereta terbakar hampir 20 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada 4.37 pagi dan pihak bomba masih di lokasi kejadian bagi memastikan api padam sepenuhnya.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

BERKAITAN:

Janngan lupa subscribe

 

UTAMABERITA 10 kilang terbakar di Balakong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium