Sumbangan untuk membiayai portal ini:
Maybank:
158088200693 PayPal: [email protected]

Sumbangan untuk membiayai portal ini: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

PRK Pulai & Simpang Jeram: Penggunaan logo PH-BN bukti kerjasama parti - pakdin.my

PRK Pulai & Simpang Jeram: Penggunaan logo PH-BN bukti kerjasama parti - pakdin.my

Penggunaan logo Barisan Nasional (BN) dalam risalah Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menjadi bukti hubungan baik kedua-dua parti bawah Kerajaan Perpaduan.

Menurut caloh PH Suhaizan Kaiat, ia seterusnya memberi pemahaman kepada ahli-ahli sedia ada, mengenai kerjasama antara PH-BN bagi memenangi PRK kali ini.

“Kita wujudkan pendekatan seperti itu untuk menggambarkan muafakat bawah Kerajaan Perpaduan. Ia juga sebagai kaedah memudahkan pemahaman,” katanya kepada pemberita di sini.

Cetakan risalah sempena kempen PRK di Parlimen Pulai telah meningkat daripada 10,000 kepada 40,000 risalah sehingga kini.

Pendekatan itu disambut baik oleh masyarakat kerana pengedaran risalah merupakan satu keperluan untuk meraih sokongan pengundi.

Berkaitan

Mesti baca