‘Blake sudah tiada’ - pakdin.my

Anjing pengesan, Blake yang juga hero tragedi tanah runtuh Batang Kali terpaksa ditidurkan (euthanized) pada 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidap barah lymphoma.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Blake didiagnosis menghidap barah lymphoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.

Blake telah dimasukkan ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan.

“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar malah barah lymphoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar”

“Hasil perbincangan bersama pakar, JBPM bersetuju untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan dipulihkan serta mengelakkan anjing ini menderita dari kesakitan selain mengambil kira kebajikan anjing tersebut”

Blake berusia 7 tahun merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.

Blake telah banyak menyumbang kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang enam tahun berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Selamat jalan Blake.

Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM
Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM
UTAMABERITAAM‘Blake sudah tiada’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium