🎦 Ops Ihsan soladiriti Malaysia terhadap Palestin – Ahmad Zahid - pakdin.my

Penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia untuk rakyat Palestin membabitkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas malam ini.

Pesawat kargo itu berlepas kira-kira 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan barangan bantuan kemanusiaan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.

BACA juga: [VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik

Penghantaran pertama itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpul melalui Ops Ihsan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyaksikan acara pelepasan berkenaan berkata penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Ops Ihsan adalah bukti soladiriti rakyat Malaysia terhadap warga Palestin.

“Terima kasih diucapkan atas keprihatinan rakyat Malaysia tidak mengira agama, latar belakang politik dan ini semangat rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Ini kita lihat soladiriti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di Terminal Kargo, KLIA di sini malam tadi.

Janngan lupa subscribe

 

UTAMABERITAAM🎦 Ops Ihsan soladiriti Malaysia terhadap Palestin - Ahmad Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium