McDonald’s Malaysia tidak beri sumbangan kepada Israel, usah boikot – Mufti - pakdin.my

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.

BACA juga:  [Video] ‘Kak Long 7E’ menangis mohon maaf, rayu tidak diboikot

“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Wan Salim menasihati masyarakat Islam supaya menunjukkan semangat setiakawan dan simpati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin yang boleh ditunjukkan dengan memboikot mana-mana syarikat dan produk berkaitan Israel.

Beliau dipetik berkata, tidak salah jika seorang Islam yang tiada peluang pekerjaan lain dan hanya syarikat produk Israel sahaja menjadi sumber pendapatan, maka dibenarkan bekerja di situ berdasarkan hukum darurat.

“Namun di Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia, hanya perlu rajin mencarinya,” katanya.

BACA juga:  Imbas pesanan BTS Meal membludak, McD buka tutup order

Begitupun, beliau mengingatkan, apa pun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan meyakinkan, tidak berlandaskan sekadar sangkaan yang akhirnya boleh mengakibatkan pihak lain teraniaya.

Semalam, akhbar ini melaporkan nasib yang terpaksa dihadapi kira-kira 21,000 pekerja McDonald’s Malaysia susulan kempen boikot terhadap restoran khidmat segera berkenaan susulan dakwaan bahawa jenama itu terbabit dalam penyaluran kewangan ke negara ketiga.

Mereka juga dilabel sebagai pendukung Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan serta cacian masyarakat.

UTAMABERITAAMMcDonald's Malaysia tidak beri sumbangan kepada Israel, usah boikot - Mufti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium