🎦 Kejadian puting beliung cemaskan penduduk - pakdin.my

JITRA: Kejadian puting beliung dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah ini ketika hujan seperti yang ditular di media sosial sehingga mencemaskan penduduk.

Berdasarkan rakaman videoi, kejadian puting beliung itu dipercayai berlaku di kawasan sawah lapang yang menunjukkan pusaran angin sekitar jam 5 petang.

Beliau berkata, namun setakat ini maklumat daripada penghulu Mukim Binjal mendapati kejadian puting beliung itu berlaku di kawasan sawah padi.

“Setakat ini anggota APM Kubang Pasu sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

BACA juga: [Video] Penduduk gempar puting beliung kecil landa Langkawi 

“Malah hasil pemantauan yang dilakukan mendapati, hanya sebuah rumah di kawasan terjejas mengalami kerosakan pada bumbung akibat kejadian itu,” katanya.

Ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu apabila kejadian pertama berlaku pada 29 Oktober lalu di Kodiang menyebabkan kira-kira 10 rumah di kawasan Pida 2 dan 3 rosak teruk selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

Bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, setakat ini Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu berhubung kerosakan rumah penduduk

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA🎦 Kejadian puting beliung cemaskan penduduk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium