Euro 2012: Germany 4 Greece 2 - pakdin.my

German 4 (Lahm-39, Khedira-61, Klose-68, Reus-74)

Greece 2 (Samaras-55, Salpingidis-penalti-89)

Gol pertama Germany oleh Lahm minit 39

GERMAN melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan besar 4-2 ke atas Greece di Stadium PGE Arena Gdank, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Naib juara 2008 itu menjaringkan tiga gol dalam tempoh beberapa minit pada babak kedua iaitu minit ke-60, 67 dan 73 untuk berkesudahan ‘pesta gol’ pada aksi suku akhir Euro 2012.

Dengan kemenangan ini, German akan bertemu England atau Itali pada aksi separuh akhir nanti.

Pada babak awal perlawanan, German yang menguasai keseluruhan padang menjaringkan gol awal menerusi Philipp Larm pada minit ke-38 untuk berada di depan.

Bersambung babak kedua, Greece yang banyak menggunakan corak bertahan cuba bangkit dan mengasak, akhirnya kebuntuan mereka berakhir apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi Georgios Samaras pada minit ke-55.

Namun, German yang nyata tiada tandingan sekali lagi menunjukkan taring sebenar apabila menjaringkan gol kedua menerusi tandukan Sami Khedira pada minit ke-60, sebelum disusuli Miroslav Klose minit ke-68 dan M.Reus pada minit ke-74 untuk mencatat kemenangan berharga pada pertemuan itu.

Bagaimanapun, Greece yang memperolehi sepakan penalti pada minit ke 88 menerusi D.Salpingigis tidak berjaya menyekat kemaraan German apabila perlawanan akhirnya berkesudahan 2-4.

Kekalahan ini sekali gus mengecewakan anak buah Fernando Santos dan para penyokong yang terpaksa melupakan impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 2004 apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada kejohanan kali ini.

 


Sekilas fakta (masa penuh):

– Kedudukan gol: German (4); Greece (2)

– Penguasaan permainan: 68% (German); 32% (Greece)

– Sasaran ke gawang (20) German, 8 (Greece)

– Sepakan penjuru (10) German; (1) Greece

Barisan pemain German

1  Manuel Neuer
15 Lars Bender
14 Holger Badstuber
5  Mats Hummels
16 Philipp Lahm
7  Bastian Schaweinsteiger
6  Sami Khedira
13 Thomas Mueller
8  Mesut Ozil
10 Lukas Podolski
23 Mario Gomez

Barisan pemain Greece

13 Michalis Sifakis
15 Vasilis Torosidis
5  Kyriakos Papadopoulos
19 Sokratis Papastathopoulos
3  Giogos Tzavellas
21 Kostas Katsouranis
2  Giannis Maniatis
14 Dimitris Salpingidis
6  Giorgos Samaras
17 Fanis Gekas

Perkembangan di arena:

88.00: Tendangan penalti kepada Greece, jaringan disempurnakan oleh Dimitris Salpingidis.

74.00: German di depan dengan kedudukan 4-1 menerusi tendangan laju M.Reus ke gawang lawan

68.00: German semakin di depan dengan kedudukan 3-1

60.00: Kedudukan menjadi 2-1

54.45: Kedudukan 1-1 apabila tendangan Giorgos Samaras membolosi gawang German

52.47: Asakan German ke gawang lawan berjaya dikekang pertahanan Greece

49.15: Sepakan percuma diberikan kepada German

48.59: Percubaan German di kotak penalti namun  berjaya dihalang pertahanan Greece

45 + 3: Permainan separuh masa pertama selesai.

45 + 1: German sekali lagi terlepas peluang apabila tembatan tersasar.

45.00: Permainan separuh masa pertama ditambah 3 minit.

38.42: German, menerusi Philip Lahm, memperoeh gol pertama permainan.

37.00: German menguasai 71 peratus permainan.

36.00 : Penjaga gol Greece selamatkan tendangan padu pemain German.

34.30: Tendangan sudut kepada German.

30.00: Kedudukan masih terikat 0-0.

25.00: Percubaan Marco Reus dari sebelah kanan gawang, tetapi diselamatkan oleh pemain Greece.

23.00: Pemain German terlepas peluang di pintul gol Greece untuk menyumbat gol.

22.00: Satu lagi percubaan di depan pintu gol Greee, German keciciran peluang baik menjaringkan gol.

20.00: Kedudukan masih terikat 0-0.

13.00: Bastian Schweinsteiger dikasari oleh Georgios Samaras, pengadil beri tendangan percuma

10.40: German terus melancarkan serangan. Sasaran liar Marco Reus melewati gawang.

7.00: Grigoris Makos lakukan rembatan, tetapi berjaya diselamatkan oleh Manuel Neuer.

3.00: Sasaran Sami Khedira, diselamatkan oleh Michail Sifakis tetapi dilayangkan bendera tanda ofsaid.

0.01: Perlawanan bermula.

UTAMAEuro 2012: Germany 4 Greece 2

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium