2 Maut Kereta Rempuh Tiang Jejambat Di Susur Laluan Lebuh Raya Mahameru (video) #pakdin.my

2 Maut Kereta Rempuh Tiang Jejambat

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di ibu negara, awal pagi ini.

Kemalangan membabitkan kereta yang terbabas, merempuh tiang jejambat.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.45 pagi tadi di susur laluan Lebuh Raya Mahameru arah Jalan Duta.

Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Perdana ini dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh tajam di sini.

Kereta kemudian terbabas ke kiri jalan dan merempuh tiang jejambat lebuhraya di bahagian kanan penumpang.

Proton Perdana ini dinaiki lima orang termasuk tiga wanita.

Akibat rempuhan kuat, dua penumpang maut di tempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Kadir, 27 berasal dari Sungkai, Perak dan Intan Zaleha Shahadan, 38 tahun dari Jalan Klang Lama di ibu negara.

Dua lagi penumpang cedera manakala pemandunya terselamat.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa.

 

 

Berkaitan