Pembangkang hipokrit, perbuatan tak selari dengan prinsip: Wan Ahmad – Timbalan Pengerusi SPR

Luncheon Talk - PRU 13: Terima Keputusan Rakyat.
Luncheon Talk – PRU 13: Terima Keputusan Rakyat.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

“Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

“Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk ‘PRU13: Terima Keputusan Rakyat’ di sini hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

“Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan… mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.
“Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah,” katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

“Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

“Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.

“Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?” soalnya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...