MAS MH194 mendarat dengan 1 tayar pancit di Mumbai - pakdin.my

MAS-boebf737-rempuh-burung-nepal

Laporan awal mengenai pesawat MH194 yang mengalami insiden tiga tayar pecah ketika melakukan pendaratan di Mumbai pada 31 Mei lalu telah diperbetulkan pihak Malaysia Airlines hari ini.

“Pesawat Malaysia Airlines MH194 dari Kuala Lumpur itu telah mendarat dengan selamat di lapangan terbang Mumbai dengan satu tayar yang pancit.

“Ketika meluncur di landasan, serpihan daripada tayar yang pancit itu telah merosakkan dua tayar yang lain,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut lagi, selepas semua penumpang selamat diturunkan, pesawat telah dibawa ke hangar Air India untuk kerja-kerja pembaikan.

Pesawat MH194 model Boeing 777 itu membawa seramai 275 penumpang dan 13 anak kapal. Ia telah berlepas dari Kuala Lumpur sekitar jam 6.25 pagi dan mendarat di lapangan terbang Mumbai pada jam 11 malam pada Ahad.

Sebelum kenyataan rasmi Malaysia Airlines dikeluarkan, laporan dalam kebanyakan portal berita India memetik kata seorang pegawai di lapangan terbang Mumbai yang menyatakan tiga buah tayar di sebelah kanan pesawat meletup ketika melakukan pendaratan.

Sumber itu juga mendakwa berlaku kerosakan di bahagian mekanisme pendaratan.

UTAMAMAS MH194 mendarat dengan 1 tayar pancit di Mumbai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium