Mat Sabu Gagal Bayar Hutang Tuntutan Saman Fitnah – Berdepan Tuntutan Muflis - pakdin.my

Mat Sabu jangan bimbang, Kerajaan DAP Pulau Pinang akan tolong selesaikan.

Yang penting Mat Sabu kena jadi agen DAP.

mat sabu tuntutan muflis

MOHAMAD Sabu atau Mat Sabu kini berdepan tuntutan muflis selepas gagal membayar hutang saman fitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Mungkin inilah penyebab Presiden Parti Amanah Nasional (PAN) itu begitu tertekan sehingga tercetus insiden mencampak pembesar suara ke arah poster Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Menurut cerita peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan, notis kebankrapan telah disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari, tetapi dia tidak mematuhinya.

Berikutan itu, beliau memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu, untuk mendapatkan RM200,000 yang diputuskan mahkamah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Ogos ini sebutan kes itu.

Mahkamah Tinggi pada 20 Mac 2014 memerintahkan Mat Sabu dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana memfitnah beliau berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan bahawa plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad atau Mat Sabu dan Mustafa selaku defendan.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan 2013.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah

UTAMABERITAMat Sabu Gagal Bayar Hutang Tuntutan Saman Fitnah - Berdepan Tuntutan...

Kongsi Berita

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium