25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

70,000 Ahli Puteri UMNO Belum Daftar Sebagai Pemilih – Apa Cerita

70-ribu-ahli-puteri-belum-daftar-pemilih

TEMERLOH – Pergerakan Puteri UMNO mengenal pasti 70,000 orang daripada kira-kira 400,000 ahlinya yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Naib Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, berikutan itu semua pemimpin pergerakan tersebut diarah turun padang menjejaki golongan berkenaan dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih supaya boleh mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Puteri UMNO berkata, sebagai sayap UMNO, tanggungjawab pergerakan itu bukan sahaja sebagai tenaga penggerak aktiviti dalam parti tetapi berperanan sebagai barisan hadapan memastikan UMNO terus relevan dan memenangi pilihan raya.

”Sangat merugikan parti jika ahli Puteri yang mempunyai kelayakan mengundi gagal membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata mengabaikan tanggungjawab mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Datuk Abdullah Kia Mentakab, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Ketua Puteri UMNO Temerloh, Suraya Elly Rosli.

Menurut Zahida Zarik, semua ahli Puteri UMNO di semua peringkat diarah bekerja kuat bagi mencapai sasaran tambahan 50 peratus ahli baharu supaya sasaran 500,000 ahli berdaftar tercapai menjelang akhir tahun ini.

”Puteri UMNO perlu mempamerkan pergerakan ini hebat dan digeruni di sebalik senyum manis mereka kerana gerak kerja bersepadu serta terancang dapat membantu UMNO kekal menerajui pentadbiran negara,” katannya.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Itu baru puteri umno belum lagi pemuda. Umno entah brpa ratus ribu.Umno patut ikut contoh dap n pkr dimana mrka membuka kaunter semakan daftar pemilih dtempat awam spt pasar mlm n pasar.walaupun mereka pembangkang tapi cara usaha mereka boleh dikuti.Kalau x melepas lah lagi selangor pru 14 nanti

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.