Pelaburan Langsung Bernilai RM88.4 Bilion Diluluskan Pada Separuh Pertama 2016 - pakdin.my

Walaupun ekonomi global yang suram, pelaburan di Malaysia terus berkembang baik.

Seperti yang dapat di lihat, Malaysia pulih daripada Kemelesetan Global dengan baik  pada tahun 2008-2009.

Penurunan pada tahun 2015 adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam pelaburan berkaitan minyak dan gas akibat daripada penurunan harga minyak global, pelaburan langsung asing di Malaysia untuk 2016 dilihat terus meningkat.

Jumlah pelaburan separuh pertama 2016 (1H2016), berjumlah RM88.4 bilion berbanding dengan RM125.9 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.,

Ini adalah disebabkan oleh pelaburan domestik mencatatkan penurunan yang disebabkan oleh pelaburan yang lebih rendah dalam pembangunan hartanah dan juga disebabkan oleh peningkatan yang dipengaruhi oleh dua projek mega dalam projek Pengerang di Johor dan projek LNG9 di Sarawak pada separuh pertama (1H2015) tahun lepas.

Tetapi pelaburan asing kita diluluskan untuk 1H2016 telah mencapai 78.2% berbanding jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi keseluruhan 2015.

Ini bermakna pelaburan asing pada 2016 mungkin menjadi lebih baik daripada tahun 2015.

Satu lagi berita baik adalah, kebanyakan daripada pelaburan baru adalah dalam sektor perkhidmatan nilai tambah yang lebih tinggi – yang diperlukan sekiranya Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju, beralih daripada sektor pembuatan nilai tambah yang lebih rendah yang bergantung kepada buruh murah.

Sektor perkhidmatan terus mencakupi bahagian terbesar daripada jumlah pelaburan, menyumbang 76.3% atau RM67.5 bilion, diikuti oleh
sektor dengan sektor pembuatan dengan pelaburan sebanyak RM19.6 bilion atau 22.2%, manakala selebihnya disumbang oleh sektor utama dengan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM1.3 bilion (1.5%).

pelaburan-langsung-asing-1h2016

 

Pelaburan langsung bernilai RM88.4 bilion diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama pada separuh pertama 2016.

Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), nilai itu adalah rendah berbanding RM125.9 bilion yang dicatat tempoh sama 2015.

“Pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2016 adalah bagi 2,499 projek dan dijangka menjana 76,000 pekerjaan,” katanya.

Menurut MIDA, prestasi pelaburan lebih baik semasa separuh pertama 2015 didorong dua projek besar petrokimia yang diluluskan dalam sektor pembuatan pada tempoh sama tahun lepas — projek di Pengerang, Johor dan projek LNG9 di Sarawak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia terus menarik pelaburan langsung asing (FDI).

“FDI sebanyak RM28.2 bilion diluluskan pada separuh pertama 2016. Kelulusan pelaburan asing bagi separuh pertama 2016 telah mencecah 78.2 peratus daripada pelaburan asing keseluruhan yang diluluskan pada setahun penuh 2015,” katanya.

Menurut MIDA, sektor perkhidmatan terus menyumbang bahagian pelaburan keseluruhan terbesar iaitu RM67.5 bilion (76.3 peratus), sektor pembuatan dengan pelaburan RM19.6 bilion (22.2 peratus) dan sektor utama RM1.3 bilion (1.5 peratus).

UTAMAEKONOMIPelaburan Langsung Bernilai RM88.4 Bilion Diluluskan Pada Separuh Pertama 2016

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium