Kes Tikam Di Kompleks Sri Iman: Suspek Berjaya Di Tangkap #pakdin.my

Suspek kes bunuh pegawai JPJ di Pejabat Agama Wisma Seri Iman Kuala Terengganu berjaya ditangkap oleh polis hari ini.

Suspek Mohd Hafiz Mohamad bersembunyi selama 4 hari selepas menjadi buruan polis.

Manakala bapa saudara dan rakan subahatnya ditangkap semalam.

Gambar suspek ditangkap telah tersebar di Aplikasi WhatsApp tengah hari ini.

Namun lokasi dan masa belum dapat disahkan setakat ini.

Pihak polis akan membuat sidang media khas di Ibu Pejabat Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi Ahad lepas, mangsa dari Kelantan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Apabila tembelang sebenar suspek diketahui, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara suspek dengan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

 20161019-suspek-tikam-wisma-darul-imam

Berkaitan