UtamaNASIONALPerkara 3 (1) Perlembagaan...

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan – Terima hakikat Islam agama rasmi - pakdin.my

Semua pihak termasuk orang bukan Islam diminta menerima hakikat serta akur bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, tidak sepatutnya ada pihak yang tampil mempertikaikan perkara tersebut ataupun cuba mengganggu-gugat agama Islam di negara ini.

“PUM amat bertegas dalam isu-isu terutamanya yang melibatkan umat Islam demi untuk mempertahankan akidah umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, baru-baru ini.

Mohd. Roslan berkata, kepercayaan penuh harus diberikan kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama untuk menjalankan tugas mereka khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Selangor.

“PUM berpandangan adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor, lebih-lebih lagi dalam isu-isu akidah yang merupakan perkara teras dalam Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama dan budaya rakyat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, rumah ibadat merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mengambil peranan mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

“Bagi memastikan ia berjaya, Accin meminta usaha memurtadkan penganut Islam dihentikan dengan segera.

“Ini bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam adalah agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama Islam dan sensitiviti umatnya,” ujar beliau lagi.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026