Panggil Karpal beri keterangan – Zahrain - pakdin.my

Karpal Singh ada bukti Anwar meliwat

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Jabatan Peguam Negara didesak memanggil Karpal Singh bagi membolehkan peguam veteran itu memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan berani itu perlu diambil memandangkan Karpal mempunyai maklumat penting berhubung salah laku seks Anwar, sebagaimana didedahkan Pengerusi DAP tersebut pada tahun 1997.

“Karpal harus diperintah memberi keterangan di mahkamah tentang pengetahuan beliau berhubung perilaku seks Anwar. Ini amat bertepatan kerana Karpal sendiri telah membuat pengakuan (bahawa dia mempunyai bukti) tanpa apa-apa paksaan.

“Pihak Peguam Negara harus lebih berani dalam perkara ini dan bukannya membiarkan sistem perundangan serta kehakiman kita diperkotak-katik oleh pihak berkepentingan,” katanya dalam blognya http://www.zahrainmp.blogspot.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, Jabatan Peguam Negara harus lebih serius dalam meneliti dan bertindak terhadap perkembangan terbaru itu kerana tegasnya, pengakuan Karpal membawa pelbagai implikasi ke atas perjalanan kes liwat Anwar yang telah beberapa kali tertangguh.

Namun jelasnya, beliau yakin, sebagai warganegara bertanggungjawab selain peguam yang berpengalaman, Karpal pasti akan tampil memberi keterangan bila diperlukan tetapi langkah tersebut haruslah bermula daripada pihak Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahrain berkata, sukar diterima akal apabila Karpal sudi menjadi peguam bela Anwar sedangkan pada 1997, Pengerusi DAP itulah yang mengkritik kerajaan, kononnya lambat bertindak terhadap salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Perkembangan terbaru berhubung kait kes liwat Anwar amat menarik dan pelik. Ini kerana Karpal sendiri mengaku bahawa beliau pernah ditemui oleh mangsa dan individu yang membuat dakwaan liwat ke atas Anwar pada ketika itu (1997).

“Oleh itu, tidak dapat diterima akal jika Karpal yang pada ketika itu mendesak siasatan dan mengkritik kerajaan di Parlimen kerana kononnya lambat bertindak, kini sanggup pula menjadi peguam bela Anwar,” katanya.

UtusanMalaysia

UTAMABERITAPanggil Karpal beri keterangan – Zahrain

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium