UtamaNASIONALPenganjur hidang daging babi...

Penganjur hidang daging babi di meja media - pakdin.my

#MemangBabi

SIKAP tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka, malam tadi menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi sebaik menyedari hidangan itu diletakkan di atas meja.

Lebih mengecewakan, tiada seorang wakil daripada pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan itu, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam.

Wartawan dari Utusan Malaysia, Fadzly Izab, 33, berkata dia sangat terkejut, malah menyifatkan penganjur tidak beradab apabila menghidangkan menu daging babi di mejanya ketika sedang membuat liputan.

“Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging babi di atas meja wakil media.

“Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama.

“Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu beragama Islam selain penganut agama lain,” katanya yang kesal dan terkilan perkara seperti itu boleh berlaku dalam majlis dihadiri tetamu pelbagai lapisan agama dan bangsa.

Sementara itu, wartawan beragama Hindu dari Tamil Nesan Daily, A Kaviarasan turut tidak bersetuju dengan tindakan penganjur menghidangkan menu berkenaan dan menganggap ia keterlaluan.

“Agama Hindu tidak membenarkan penganutnya makan daging babi. Saya kecewa kerana mereka langsung tidak sensitif mengenai perkara ini.

“Tetamu yang hadir bukannya dari satu bangsa saja, mereka (penganjur) perlu peka dengan semua perkara ini,” katanya.

Difahamkan, majlis terbabit dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin; wakil rakyat dan beberapa tetamu kehormat.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid sudah memanjangkan isu berkenaan kepada pihak kerajaan negeri dan penganjur supaya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kami kesal perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan sikap tidak sensitif penganjur terhadap kumpulan wartawan beragama Islam yang membuat liputan,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...