Nik Nazmi dikritik netizen kerana mengejek Rosmah, disuruh lawat kawasan - pakdin.my

Tindakan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengejek isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang ditahan SPRM hari ini mengundang kemarahan warga Twitter.

Mereka mahu ketua Pemuda PKR jangan menulis macam “budak-budak” dan menyuruhnya kerap melawat kawasan seperti wakil rakyat terdahulu, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Mengambil ilham daripada cerita Snow White, Nik Nazmi di Twitter membayangkan Rosmah hari-hari bercakap dengan cermin sambil mencuba tiara: “Hai cermin nan sakti, siapakah FLOM paling cantik di dunia?”

FLOM adalah akronim bagi “First Lady of Malaysia” atau isteri perdana menteri, gelaran yang pernah dikaitkan dengan Rosmah.

Rosmah ketika ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan pengubahan wang haram dan dijangka akan didakwa esok.

“Ingatkan budak manalah tweet macam ini. Lepas tu nampak logo ‘verified’. Lepas itu tengok nama…,” kata @ATMology sambil memuatkan gambar menggeleng kepala.

“YB tumpu kerja lah, dulu setiap minggu boleh nampak Fauzi turun padang dengan orang Setiawangsa/AU. Sekarang ini susah nak nampak wakil rakyat turun Setiawangsa,” kata @omar_othmannn.

“Kerja? Hahaha ini lah kerja dia, merepek kat Twitter. Kali terakhir aku nampak dia di Setiawangsa dekat papan iklan simpang 3 Petronas,” kata @izrulizelan pula.

Pada pilihan raya umum lalu, Nik Nazmi berjaya memperolehi 34, 471 undi menewaskan calon Barisan Nasional Zulhasnan Rafique dan calon PAS, Ubaid Abd Akla.

……….

 

UTAMAPOLITIKNik Nazmi dikritik netizen kerana mengejek Rosmah, disuruh lawat kawasan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium